Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Liga Arab: Pengumuman Trump tentang Baitulmakdis tingkat risiko kekacauan dan keganasan di Timur Tengah

Dec 10, 2017 | 01:30 PM



 



 



Pegawai Arab berkata tindakan presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel meningkatkan risiko mencetus ‘keganasan dan kekacauan’ di Timur Tengah.



Langkah Encik Trump itu juga mengakhiri dasar tidak berpihak yang diambil Amerika berkenaan antara isu paling sensitif di rantau itu.



Menteri ehwal luar Liga Arab berkata perkembangan ini menunjukkan ia tidak lagi boleh bergantung kepada Amerika sebagai orang tengah dalam usaha mencari kedamaian di Timur Tengah.



Kenyataan Liga Arab itu, yang disokong 22 negara, turut disokong rakan pakatan Amerika, selepas keganasan dan bantahan berlanjutan untuk hari ketiga di Tebing Barat dan Jaluran Gaza.



Israel sentiasa menganggap Baitulmakdis sebagai ibu kota, sementara Palestin mengaku Baitulmakdis Timur - yang dijajahi Israel semasa perang 1967 - sebagai ibu kota Palestin pada masa depan.



Bagi Encik Trump, tindakannya itu memenuhi janji yang dibuatnya semasa berkempen menjadi presiden dan beliau berkata ia ‘sekadar mengiktiraf realiti’.



Namun keputusan Encik Trump itu kini dikritik hebat.



Kenyataan Liga Arab itu dipersetujui pada 1 GMT (9 pagi waktu Singapura) pada 10 Disember, selepas rundingan beberapa jam di Kahirah, Mesir.



Ia disokong oleh beberapa rakan pakatan Amerka termasuk Amiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jordan, yang turut meluahkan keprihatinan.



Kenyataan itu berkata:




  • Amerika telah ‘mengundur diri sebagai penaja dan pengangara’ sebarang proses perdamaian Israel-Palestin dengan keputusan ini




  • Tindakan Trump ‘menambah ketegangan, mencetus kemarahan dan mengancam mencetus lebih banyak keganasan dan kekacauan di rantau ini




  • Permohonan akan dibuat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) untuk mengecam tindakan ini



Di mesyuarat kecemasan yang diadakan Majlis Keselamatan UN minggu lalu, Amerika terpencil, dengan kesemua 14 anggota lain mengecam pengisytiharaan Encik Trump.



Namun duta Ameria Nikki Haley menuduh UN bersikap berat sebelah, dan berkata ‘ia telah menjadi antara pusat yang paling bersikap bermusuhan terhadap Israel di dunia’ dan Amerika masih komited kepada usaha perdamaian.



Pada Sabtu (9 Disember), Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata beliau mendengar ‘suara mengecam pengumuman bersejarah Presiden Trump’ tetapi ‘tidak mendengar sebarang kecaman terhadap tembakan roket ke arah Israel dan percubaan mengumpul banthan terhadap kami’.



Tiga roket ditembak ke arah Israel dari Gaza pada Jumaat (8 Disember), mendorong Israel untuk mengadakan serangan udara sebagai tindak balas. Menurut Israel, ia telah mencapai sasaran menembak tapak ketenteraan yang dimiliki kumpulan Hamas, membunuh dua anggotanya.



Semalam, ratusan warga Palestine berhimpun di Tebing Barat dan Gaza untuk meneruskan bantahan, tetapi jumlah mereka lebih kecil berbanding dua hari sebelumnya.



Di utara Israel, sebuah bas direjam dengan batu apabila ia melalui kawasan kejiranan Arab, mencederakan tiga warga Israel.



Ribuan warga Palestin telah membantah kelmarin, mengambil bahagian dalam acara bantahan beramai-ramai yang dianjurkan di negara Arab lain dan negara majoriti Muslim di serata dunia. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >