Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lima negara Arab putus hubungan diplomatik dengan Qatar

Jun 05, 2017 | 05:17 PM



DUBAI: Lima negara, Arab Saudi, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Yaman dan Bahrain, serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan menuduh negara itu melindungi pengganas dan campur tangan dalam ehwal dalaman negara mereka.



Langkah drastik itu diambil selepas pertelingkahan berhubung sokongan Qatar ke atas kumpulan Ikhwanul Muslimin, pergerakan ektremis Islam tertua di dunia dan menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.



"Qatar menerima kewujudan kumpulan pengganas dan kumpulan-kumpulan sektarian bertujuan untuk mengganggu kestabilan di rantau ini, termasuk Ikhwanul Muslimin, militan IS dan al-Qaeda, dan memaparkan mesej dan agenda kumpulan-kumpulan ini melalui media mereka setiap masa," kenyataan agensi berita SPA menyebut.



Agensi berita rasmi Arab Saudi melaporkan negara itu mengambil tindakan tersebut kerana "mahu memastikan hak kedaulatannya dijamin oleh undang-undang antarabangsa dan perlindungan keselamatan negara daripada bahaya keganasan dan ekstremisme".



Agensi berita Mesir pula mendakwa Qatar terbabit dalam memberi sokongan kepada organisasi pengganas termasuk kumpulan Ikhwanul Muslimin.



Satu kenyataan dari agensi berita Bahrain pula memetik sekutu rapat Arab Saudi itu turut mengambil tindakan yang sama, dengan rakyat Bahrain diberi tempoh 14 hari untuk meninggalkan Qatar.



Turut mengambil tindakan sama adalah Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang memberikan tempoh 48 jam diplomat mereka untuk meninggalkan Qatar.



Dan yang paling terbaharu adalah negara Yaman yang turut bersetuju dengan tindakan menggugurkan Qatar dari negara pakatan menentang pemberontak di Yaman.



Qatar juga dikeluarkan daripada pakatan diketuai Arab Saudi memerangi pengganas di Yaman.



Tindakan kali ini lebih drastik berbanding pertelingkahan lapan bulan pada 2014 dengan Arab Saudi, Bahrain dan UAE memanggil pulang duta masing-masing dari Doha.



Ketika itu, perjalanan rakyat Qatar tidak disekat.



Sementara itu Qatar menyelar keputusan tiga negara Teluk dan Mesir memutuskan hubungan dengannya, menyifatkannya sebagai "tidak wajar" dan bertujuan meletakkan Doha di bawah "penjagaan" politik mereka.



"Langkah-langkah yang diambil tidak wajar dan berdasarkan tuntutan palsu dan tidak berasas," kata Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, merujuk kepada langkah-langkah yang belum pernah diambil oleh Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir.



"Tujuannya adalah jelas, dan ia adalah untuk mengenakan "penjagaan" di negara ini. Ia dengan sendirinya melanggar kedaulatannya (Qatar) sebagai sebuah negara," katanya. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >