Lima penyerang bom di Jakarta ditembak mati

JAKARTA: Polis Indonesia telah menembak mati lima orang yang disyaki terlibat dalam serangan bom dan bersenjata, termasuk dua pengebom nekad, di Jakarta hari ini, Khamis.

Dalam serangan tersebut, beberapa letupan telah kedengaran termasuk satu di luar kafe Starbucks di tingkat bawah bangunan Teater Jakarta, lapor akhbar The Straits Times.

Letupan lain berlaku di sebuah pondok polis antara bangunan dan pusat beli belah Sarinah yang sering dikunjungi ramai warga asing.

Dua mangsa yang terkorban pula terdiri daripada seorang anggota polis dan seorang warga Belanda.

Kini dilaporkan bahawa 19 mangsa cedera, termasuk lima pegawai polis.

Ketua polis Encik Budi Gunawan memberitahu pihak media:

"Pada mulanya mereka telah menyerang Teater Jakarta, setelah itu pengeboman nekad telah berlaku di balai polis.

"Ini merupakan kawasan-kawasan di mana kami sering meletakkan pegawai kami untuk mengawasi keadaan.

"Setelah itu satu serangan tembakan telah berlaku, dan tiga pegawai kami ditembak cedera, dan dua penyerang ditembak mati."

"Seorang warga asing di Starbucks cedera manakala seorang lagi terkorban. Warga asing yang terkorban berada di luar Starbucks berdekatan dengan kawasan di mana dua penyerang telah ditembak mati," katanya.

Pihak Starbucks berkata, kesemua cawangan di Jakarta akan ditutup sehingga notis lanjut. -

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.