Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lokasi utama bangkai pesawat EgyptAir yang terhempas dikenal pasti

Jun 16, 2016 | 12:51 PM



KAHIRAH: Lokasi utama bangkai pesawat EgyptAir yang meletup di timur Laut Mediterranean bulan lalu telah dikenal pasti oleh kapal carian lautan dalam, menurut jawatankuasa siasatan yang diketuai Mesir pada Khamis (16 Jun).



Bot carian yang diupah pemerintah Mesir itu, The John Lethbridge, sedang berlumba dengan masa untuk mengesan 'kotak hitam' pesawat tersebut, yang menurut penyiasat akan membantu menjelaskan mengapa Penerbangan MS804 itu terhempas pada 19 Mei, membunuh semua 66 orang di dalamnya.



Isyarat dari perakam data penerbangan yang diperlukan untuk mengesan dua alat perakam itu di dasar laut dijangka tamat pada 24 Jun.



The John Lethbridge telah menyediakan imej-imej pertama bangkai pesawat tersebut kepada penyiasat.



Tidak segera diketahui bahagian mana pesawat itu telah dijumpai, atau apakah kedua-dua alat perakam penerbangan berada tidak jauh.



Alat perakam itu - satu untuk suara dan satu lagi bagi data - terletak di ekor pesawat Airbus A320 itu.



Untuk mendapatkan kotak hitam yang berada kira-kira 3,000 meter di bawah permukaan laut, penyiasat perlu menentukan kedudukan isyarat tersebut dan apakah ia masih tersambung dengan alat perakam. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >