Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

London mungkin dapat Mayor Islam buat kali pertama

Apr 19, 2016 | 11:43 AM



LONDON: Dalam masa kurang dari tiga minggu, London mungkin mencipta sejarah apabila penduduknya keluar mengundi: Ibu kota itu mungkin mempunyai seoang Mayor Muslim pertama jika tinjauan terbukti betul.



Sekiranya Encik Sadiq Khan, 45 tahun, dipilih, beliau tidak akan menjadi Mayor Muslim pertama sebuah bandar Eropah. Bandar pelabuhan Rotterdam di Belanda dikendalikan oleh Mayor Ahmed Aboutaleb, seorang Muslim kelahiran Maghribi sejak 2009.



Namun jika Encik Khan berjaya, undi keyakinan itu datang pada masa yang penting - Eropah masih merasai bahang daripada serangan pengganas di Paris pada November lalu dan Brussels bulan lepas, dan bergelut untuk menangani ekstremisme, di tengah-tengah peningkatan Islamofobia.



Encik Khan sendiri, anak pendatang Pakistan, tahu perjuangan besar yang beliau menghadapi dalam persaingan itu.



Pada awal kempen, beliau berkata pemilihan Mayor Muslim akan menghantar mesej bahawa London menghargai kepelbagaian dan akan menyokong etnik minoriti daripada agama berbeza.



"Yang pertama dan utama, saya warga London, tetapi ini akan menunjukkan kepada golongan pembenci di Iraq dan pembenci di Syria apa sebenarnya negara kita: bikon penunjuk arah," katanya.



Dilahirkan dalam keluarga kelas pekerja di Tooting, London Selatan, Encik Khan dibesarkan dalam keluarga lapan anak di flat tiga bilik. Bapanya seorang pemandu bas sementara ibunya tukang jahit.



Beliau belajar undang-undang di University London Utara dan kemudian menjadi peguam hak asasi manusia sebelum dipilih ke Parlimen pada 2005 mewakili kawasan undinya atas tiket Parti Buruh.



Encik Khan telah mencipta sejarah dengan menjadi Muslim pertama menyertai Kabinet, di bawah bekas Perdana Menteri Gordon Brown pada 2008. Beliau berkhidmat sebagai Menteri Negara bagi Masyarakat, dan kemudian Menteri Pengangkutan.



The next mayor to run city hall will control a budget of £17 billion (S$32.8 billion) and be responsible for housing and transport policies, promoting London's economy and planning for the police and fire services as well. If current mayor Boris Johnson's push for a devolution deal goes through, the mayor will be handed even more powers, such as over transport, housing, the courts and taxes.



Sembilan lelaki dan tiga wanita berharap menjadi Mayor London, tetapi apabila kempen memasuki tahap akhir sekarang, ia lebih merupakan persaingan antara Encik Khan dan pesaing terdekatnya, Encik Zac Goldsmith.



Latar belakang mereka begitu jauh berbeza. Encik Goldsmith dilahirkan dalam keluarga Jerman-Yahudi terkenal. Calon berusia 41 tahun itu dikatakan bernilai £300 juta dan mendapat pendidikan di Eton College. Kakaknya, Jemima, berkahwin dengan pemain kriket yang sekarang ahli politik Pakistan, Imran Khan, selama sembilan tahun sehingga 2004.



Satu tinjauan oleh firma kaji selidik utama YouGov bulan lepas meletak Encik Khan tujuh mata di depan Encik Goldsmith.



Jika itu tepat, Encik Khan akan mentadbir London selepas 5 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >