KAWASAN di depan Rumah Mayat Tanah Merah yang biasanya sepi menjadi hingar dengan deruan jengkaut dan lori yang datang dan pergi.
Kesibukan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, disebabkan kerja memindahkan perabot rumah, pakaian dan sampah sarap yang dibuang penduduk ekoran banjir besar di kawasan Tanah Merah.