Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maghribi peruntuk 120b dirham usaha bina semula negara selepas gempa

Rancangan lima tahun itu menyasarkan 4.2 juta orang di wilayah yang paling teruk terjejas dan meliputi bantuan perumahan dan kecemasan.
Sep 21, 2023 | 04:06 PM



RABAT: Maghribi merancang untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 120 bilion dirham ($16 bilion) dalam rancangan pembinaan semula negara itu selepas gempa bumi, dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut satu kenyataan Istana Diraja.


Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud, melanda Maghribi pada 8 September, mengorbankan lebih 2,900 orang, kebanyakannya di Pergunungan Atlas yang tinggi.

Pelan pembangunan semula itu akan menyasarkan 4.2 juta orang di wilayah Al Haouz, Chichaoua, Taroudant, Marrakesh, Ouarzazate dan Azizlal yang paling teruk dilanda bencana itu, kata istana diraja pada Rabu, selepas pertemuan Raja Mohammed VI dengan pegawai kerajaan dan tentera.

Ia meliputi pembinaan semula perumahan dan menaik taraf prasarana dengan cara yang kondusif kepada pembangunan sosial dan ekonomi, di kawasan yang dilanda gempa bumi, tambah kenyataan itu.

Istana diraja berkata rancangan itu akan dibiayai oleh bajet kerajaan, bantuan antarabangsa dan dana yang ditubuhkan sebagai tindak balas kepada gempa bumi.

Dana itu setakat ini telah menerima kira-kira $957.19 juta juta dalam bentuk derma.

Program itu juga termasuk penubuhan di setiap wilayah, pusat untuk rizab penting, termasuk khemah, selimut, katil, ubat-ubatan dan bekalan makanan, bagi membolehkan gerakan membantu semasa bencana alam.

Kawasan yang dilanda gempa bumi adalah antara yang termiskin di Maghribi, dengan banyak kampung terpencil tidak mempunyai jalan dan perkhidmatan awam yang betul.

Pada minggu lalu, pihak istana berkata bahawa 50,000 rumah diketahui telah rosak dan pihak berkuasa akan menyediakan tempat tinggal dan 30,000 dirham kepada setiap keluarga yang terjejas.

Ia juga berjanji untuk menawarkan bantuan pembinaan semula sebanyak 140,000 dirham untuk rumah yang runtuh dan 80,000 untuk yang rosak.

Pihak berkuasa Maghribi mendapat kritikan kerana hanya dapat menerima bantuan asing terhad, walaupun penyelamat bertungkus-lumus untuk sampai ke kawasan terpencil yang dilanda teruk.

Hanya pasukan mencari dan menyelamat dari Britain, Qatar, Sepanyol dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) telah dibenarkan beroperasi di lapangan oleh pihak berkuasa Maghribi, walaupun terdapat banyak tawaran daripada pemerintah di seluruh dunia.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (Ocha) biasanya menguruskan tindak balas antarabangsa terhadap bencana dan kecemasan besar melalui agensinya, Penilaian dan Penyelarasan Bencana (Undac) dan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (Insarag).

Agensi PBB boleh ditempatkan secepatnya selepas menerima pemberitahuan dan dihantar berdasarkan permintaan negara yang terjejas, serta residen atau penyelaras kemanusiaan PBB di negara tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >