Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir, Anwar keluarkan kenyataan bersama bantah akta keselamatan

Sep 20, 2016 | 08:39 AM



KUALA LUMPUR: Dua musuh politik - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim - mengeluarkan satu kenyataan bersama pada Isnin (19 Sep), membantah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.



Mantan perdana menteri dan bekas timbalannya itu berkata kenyataan tersebut, yang mempunyai tandatangan mereka, dikeluarkan disebabkan satu "krisis negara" dan demi kepentingan rakyat, lapor Malay Mail.



"Akta ini mengetepikan kuasa dan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu penting berkaitan keselamatan negara dan kebebasan rakyat," ujar mereka dalam kenyataan itu.



Kenyataan mengenai Akta MSN yang kontroversi itu, yang memberi kerajaan kuasa kecemasan meluas, menyusuli pertemuan Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar dua minggu lalu di mahkamah. Ia kali pertama dalam 18 tahun mereka bertemu selepas Dr Mahathir memecat timbalannya itu daripada Kabinet.



"Disebabkan krisis negara inilah kami, bersama-sama rakyat, membantah Akta ini dan membawa perubahan dan reformasi untuk menyelamatkan hak dan kebebasan rakyat dan untuk membina semula negara yang tercinta," kata mereka.



Datuk Seri Anwar mengesahkan kesahihan kenyataan itu ketika ditanya mengenainya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.



Secara berasingan, polis berkata pada Isnin mereka sedang menyiasat pengerusi kumpulan prodemokratik Bersih 2.0, Cik Maria Chin Abdullah, kerana didakwa cuba menggulingkan kerajaan dan Perdana Menteri melalui rancangan perhimpunan jalanan Bersih 5.



Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketua kumpulan reformasi pilihan raya itu isiasat berhubung perbuatan menjejas demokrasi berparlimen.



"Kami juga sedang menjalankan siasatan terhadap Maria Chin kerana ingin menggulingkan kerajaan [AND]Perdana Menteri melalui Bersih 5," katanya, lapor Malay Mail.



Cik Marina baru-baru ini mengumumkan perhimpunan Bersih 5 akan diadakan pada 5 Nov. Ia akan didahului satu siri pameran bergerak bermula 1 Oktober di 246 perhentian di seluruh negara.



Bersih menuntut pembaharuan dijadikan agenda negara, sistem demokrasi berparlimen diperkukuh dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Nazak berundur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >