PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak bercakap dengannya selama enam bulan selepas bekas perdana menteri itu mempersoalkan kelewatan projek "jambatan bengkok".
Dr Mahathir, dalam satu temu bual dengan portal berita Perak Today, berkata Datuk Najib memberitahunya bahawa terdapat satu perjanjian di antara Malaysia dengan Singapura berhubung Tambak Johor.