Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir dampingi Pakatan Rakyat untuk jatuhkan Najib?

Mar 03, 2016 | 02:22 PM



PETALING JAYA:- Pimpinan parti-parti pembangkang Malaysia, Pakatan Harapan, akan mengadakan sidang media rasmi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad esok, dedah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Cik Nurul Izzah Anwar.



Katanya, sidang media itu dijalankan bersama dengan bekas perdana menteri keempat itu, berhubung langkah Tun Dr Mahathir yang mahu membentuk kepimpinan baru bagi agenda menyelamatkan negara ini.



"Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang," kata Naib Presiden PKR, Cik Nurul Izzah Anwar dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu, hari ini.



Menggulas lanjut, Cik Nurul Izzah berkata, kesedian Tun Mahathir untuk bekerjasama dengan PH haruslah bersandarkan kepada keikhlasan beliau untuk menyelesaikan kemelut politik negara dan bukan bersifat peribadi.



"Pada saya prasyarat utama pada kita (Pakatan Harapan) adalah komitmen dan keikhlasan terhadap melaksanakan reformasi, isu bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah tapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," katanya.



Tun Dr Mahathir sebelum ini berkata akan memulakan gerakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama pimpinan Pakatan Harapan dalam masa terdekat.



Ternyata rancangan itu disambut baik oleh Pakatan Harapan kerana atas satu matlamat bagi menyelamatkan Malaysia dan agenda untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. - Sinar Harian Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >