Mahathir dimasukkan ke institut jantung kerana jangkitan dada

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada Selasa (9 Ogos) dek jangkitan dada.

Satu kenyataan IJN berkata beliau mungkin diletak di bawah pemerhatian beberapa hari ini.

"Tun... dalam wad umum dan berdasarkan nasihat pakar perubatan, lawatan hanya bagi ahli keluarga terdekat," katanya.

Tun Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga beliau bersara pada 2003, telah menjalani beberapa pembedahan jantung.

Beliau sibuk sejak beberapa bulan lalu sedang beliau meningkatkan kempen untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak skandal kewangan melibatkan dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dr Mahathir, 91 tahun, keluar daripada Umno pada Mac dan terlibat dalam pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia baru, bersama mantan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.