KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, diminta menyatakan pendirian sama ada beliau sudah menerima bekas timbalannya, Anwar Ibrahim, sebagai rakan politiknya susulan pertemuan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu.
Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Khairul Azwan Harun, berkata beliau mempertikai kenyataan Dr Mahathir kononnya kehadirannya bagi memberi sokongan ke atas Anwar yang mengemukakan saman kepada kerajaan berhubung Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.