KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan jenayah fitnah berhubung catatan di blognya baru-baru ini mengenai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semalam, laporan polis diterima "sehari atau dua hari lepas" mengenai posting yang dikatakan menyerang peguam negara itu.