Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir gesa adakan pungutan suara mengenai Najib

Mar 15, 2016 | 10:50 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menggesa diadakan pungutan suara referendum mengenai populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan berjanji referendum itu akan menyelesaikan secara muktamad.



Dalam satu pos di blognya pada Isnin (14 Mac), Dr Mahathir menyatakan keraguannya mengenai populariti Datuk Seri Najib.



"Najib sangat popular, tetapi beberapa orang degil tidak fikir begitu. Yang akan meyakinkan orang sebenarnya ialah satu pungutan suara nasional, atau tinjauan, di mana setiap pengundi di negara ini dapat meluahkan sokongannya terhadap Najib," ujarnya.



Malaysia tidak pernah mengadakan pungutan suara sejak merdeka daripada Britain.



Dr Mahathir berjanji "jika Najib menang dalam pungutan suara nasional, saya akan berhenti meminta beliau meletak jawatan".



Mantan perdana menteri berusia 90 tahun itu terus menyerang anak didik Datuk Seri Najib, anak didik beliau.



Awal bulan ini, beliau membentuk satu peribatan dengan perikatan bersama pembangkan untuk memulakan 'Deklarasi Rakyat' bagi mengenakan ke atas Datuk Seri Najib agar meletak jawatan.



Dr Mahathir malah bersedia memberi ucapan dari atas lori jika perlu, kata bekas naib presiden Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Husam Musa, dalam satu forum pada Ahad malam, menurut The Malaysian Insider.



Beliau berkata semasa mereka membincangkan rancangan siri ceramah menjelajah negara, Dr Mahathir mengadu dia tidak dapat menyewa bilik hotel untuk memberi ucapan.



"Jika Dr Mahathir menyertai kami pada ceramah kami di Kedah, beliau akan berucap dari atas lori," kata Datuk Husam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >