Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir gesa rakyat Malaysia sertai bantahan Bersih

Nov 17, 2016 | 08:29 AM



PETALING JAYA: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad muncul dalam sebuah video dengan memakai kemeja-T kuning Bersih dan menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai perhimpunan oleh kumpulan reformasi pilihan raya itu



Klip itu dikeluarkan pada Rabu (16 Nov) di laman Facebook seorang pemimpin pembangkang, hanya beberapa hari selepas Dr Mahathir memakai lencana 'Free Anwar Now' (Bebaskan Anwar Sekarang) pada konvensyen parti-parti pembangkang di Selangor.



Tindakan itu adalah di luar kebiasaan Dr Mahathir, 91 tahun. Beliau menentang demonstrasi jalanan dan memenjarakan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa menjadi perdana menteri.



Perhimpunan di Kuala Lumpur, yang dirancang pada Sabtu (19 Nov) ini dan dikenali sebagai Bersih 5, diadakan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan berkaitan skandal kewangan melibatkan dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Terdapat empat perhimpunan Bersih sebelum ini di Kuala Lumpur, yang dihadiri puluhan ribu orang.



Bercakap dalam bahasa Melayu dalam video itu, Dr Mahathir berkata: "Malaysia kini dalam kesusahan kerana pentadbiran Perdana Menteri Najib telah menyebabkan negara menanggung hutang berbilion-bilion ringgit, yang tidak boleh dibayar oleh kerajaan dan negeri.



"Sebab itu kita mesti menunjukkan rasa tidak puas hati kita terhadap kerajaan melalui penyertaan dalam perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka dan di mana-mana lokasi lain yang telah diumumkan."



Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.



"Saya harap semua rakyat Malaysia akan menyertai perhimpunan oleh Bersih ini kerana mereka berusaha untuk mencari jalan untuk menyembuhkan negara kita melalui perubahan kerajaan," katanya.



Dr Mahathir muncul di perhimpunan Bersih 4 dengan isterinya tahun lalu, walaupun pada masa itu mereka masih ahli Umno.



Beliau keluar Umno Februari lalu dan mengumumkan pada Ogos pembentukan sebuah parti pembangkang baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang dipengerusikannya.



Dr Mahathir berbaik-baik semula dengan Datuk Seri Anwar September lalu dengan bertemu beliau di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >