Mahathir isytihar keluar Umno

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Datuk Seri Najib sebagai presidennya.

"Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Tambahnya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Agensi berita, Reuters, melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. - Utusan Online, Malaysiakini, BHM

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 75
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.