Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir: Kenyataan tentang tanah hilang sebagai perspektif berkaitan Pedra Branca

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjelaskan semalam bahawa beliau tidak meminta Malaysia menuntut semula tanah yang telah hilang, termasuk negara Singapura.



Beliau berkata kenyataannya pada Ahad lalu adalah untuk meletakkan perspektif berkaitan kehilangan Pedra Branca, juga dikenali sebagai Pulau Batu Puteh di Malaysia, menurut laporan The Straits Times.



"Saya hanya menunjukkan bahawa kita bimbang tentang kehilangan batu bersaiz meja, tetapi bukan mengenai bahagian lebih besar di Malaysia apabila ia diambil daripada kita," katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa komennya Ahad lalu itu telah diambil di luar konteks.



Pemimpin berusia 96 tahun itu berkata kehilangan Pedra Branca bukan satu masalah besar.



"Ia adalah kesilapan kerajaan Johor menafikan batu itu milik negeri.



"Jika penafian itu tidak dibuat, tidak akan ada pertikaian sekarang.



"Kita patut bersyukur kerana Mahkamah Dunia menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada kita, yang jauh lebih berharga daripada Pulau Batu Puteh, (yang) hanya singkapan batu," ujarnya.



Dr Mahathir berkata Malaysia harus bersyukur kerana Indonesia tidak mempertikaikan keputusan itu.



"Sungguh, kita tidak bersyukur dengan perolehan kita," tambahnya.



Pada Ahad lalu, beliau dilaporkan membuat kenyataan kontroversial itu semasa bercakap di satu acara di Selangor anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan di bawah panji Kongres Survival Melayu dengan tajuk Aku Melayu: Survival Bermula.



Dalam acara itu, Dr Mahathir ditukil sebagai menyarankan Malaysia harus menuntut Singapura dan juga Kepulauan Riau, kerana mereka adalah Tanah Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >