Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir masuk hospital kerana jangkitan dada

Feb 10, 2018 | 04:15 PM



KUALA LUMPUR:  Mantan  perdana menteri Malaysia yang  sekarang pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad,   dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) berhubung jangkitan dada.



Dalam satu kenyataan pada  Sabtu (10 Feb), IJN berkata  pengerusi pakatan pembangkang, Pakatan Harapan,  berusia 92 tahun itu sedang dirawat di wad umum bagi  jangkitan selepas batuk yang tidak sembuh.



“Dr Mahathir akan dimasukkan  selama beberapa hari bagi membolehkan   rawatan dan pemerhatian. Lawatan hanya bagi  ahli keluarga terdekat,” katanya.

Naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengucapkan Tun  Dr Mahathir agar pulih segera.



Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau tidak menyedari bahawa Tun Dr Mahathir  dimasukkan ke hospital.



“Saya berdoa agar Dr Mahathir pulih    segera sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya pada  Sabtu di sebuah acara di Kluang, Johor.



Tun Dr Mahathir sepatutnya berada di sebuah program Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuainya  di Bentong, Pahang,  pada  Sabtu, tetapi membatalkan penampilannya malam tadi, atas  nasihat doktor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >