Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahathir nafi gesa campur tangan asing dalam hal Malaysia

Apr 12, 2016 | 08:31 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menghadapi empat siasatan polis berasingan, menafikan menyeru campur tangan asing dalam urusan dalaman Malaysia dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



"Saya tidak meminta sembarang kerajaan asing campur tangan. Saya berkata segala cara membetulkan keadaan di negara ini telah ditutup oleh Najib. Jadi saya akan memberitahu media asing," kata beliau kepada pemberita pada Isnin (11 Apr).



Tun Dr Mahathir juga mengulas laporan mengenai empat siasatan terhadapnya, mengatakan bahawa beliau menghadapi siasatan dua kali sebelum ini.



Pada Februari, beliau disoal siasat oleh polis bagi dakwaan fitnah selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap pos blog beliau mempersoal kredibiliti Peguam Negara.



Beliau juga disiasat kerana komen yang dibuat pada bantahan perhimpunan Bersih tahun lalu, di mana beliau mendakwa pemimpin Umno mengambil rasuah.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pada Isnin polis telah memulakan empat kertas siasatan terhadap Dr Mahathir, ketika ditanya apakah polis akan menyiasat komen beliau menggesa campur tangan asing.



Dalam satu temu bual dengan akhbar The Weekend Australia Sabtu lepas, Dr Mahathir berkata harapan Datuk Seri Najib meletak jawatan tanpa tekanan luar adalah tipis.



"Biasanya saya tidak suka campur tangan asing dalam hal ehwal Malaysia tetapi saluran kami untuk membaiki keadaan telah ditutup sepenuhnya.



"Jadi sekarang kami perlu membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal dalam negeri. Jika ia sah dari segi undang-undang, ya. Jika mereka mempunyai maklumat, mereka perlu memberi maklumat. Dan jika ada pengubahan wang haram, hanya kerana ia adalah Najib ia tidak bermakna mereka perlu menggantung undang-undang itu," kata Dr Mahathir, sebagaimana dipetik oleh akhbar itu.



Beliau juga menggesa pemerintah Australia supaya menyoal ANZ Bank mengenai pemindahan AS$681 juta ($917 juta), yang dikatakan derma dari Arab Saudi, ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib di AmBank, di mana ANZ Bank mempunyai 23.8 peratus saham.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >