KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menganggap 'Perhimpunan Maruah Melayu' yang akan berlangsung hari ini sebenarnya tidak memperjuangkan orang Melayu.
Sebaliknya, beliau berkata himpunan tersebut hanya bertujuan mempamerkan perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini sebagai bersifat perkauman - satu persepsi yang sebenarnya tidak tepat.