TASEK GELUGOR (Pulau Pinang): Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sedia disiasat berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Pengerusi Parti Pribumi Malaysia (PPBM) itu berkata setakat ini beliau belum dipanggil oleh mana-mana pihak berhubung isu itu.