PETALING JAYA: Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya mahu melaksanakan undang-undang hudud semata-mata untuk kepentingan politik, sekali gus menjadikannya tidak Islamik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau juga terkejut apabila Umno Kelantan menyokongnya dan berharap mereka memahami apa yang mereka lakukan.