Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mahkamah anugerah kakak Sheila Majid $10juta dalam tuntutan muta'ah

Mar 10, 2016 | 05:51 PM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menganugerahkan Cik Shahnaz Abdul Majid RM30 juta ($10.1 juta) dalam tuntutan muta'ah (bayaran pendamai) yang difailkan beliau terhadap Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.



Hakim Muhammad Abdul Karim Wahab berkata, tuntutan RM100 juta yang diminta Cik Shahnaz adalah berlebihan, sambil mengatakan RM30 juta memadai kepadanya selepas ditinggalkan suami.



Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian antara Datuk Seri Mahmud dan Cik Shahnaz.



Pasangan itu berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Murya.



Tuntutan RM100 juta sebagai bayaran pendamai oleh Cik Shahnaz, yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, menarik perhatian kerana ia dijangka mendedahkan kekayaan bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.



Hakim Mohamad Abdul Karim juga mengarahkan bayaran itu dibuat melalui tiga peringkat iaitu RM10 juta setiap satu.



"Ini adalah jumlah yang wajar berdasarkan bukti dan dapat menghapuskan duka pihak isteri," katanya.



Sebelum ini Cik Shahnaz menuntut bayaran nafkah sebanyak RM100 juta daripada bekas suaminya itu.



Cik Shahnaz juga memfailkan tuntutan RM300 juta bagi harta sepencarian.



Bagaimanapun perbicaraan mengenai tuntutan itu belum bermula.



Satu lagi tuntutan Shahnaz bernilai RM121 juga sebagai nafkah membesarkan anak mereka ditolak Mahkamah Rayuan Syariah. - TMI, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >