KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam menangguhkan tuntutan perceraian secara baik yang difailkan Ahli Parlimen (AP) Lembah Pantai, Cik Nurul Izzah Anwar, pada 11 Mac depan.
Cik Nurul Izzah sebelum ini memfailkan tuntutan perceraian dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, di bawah Seksyen 47 (cerai secara baik), Undang-Undang Keluarga Islam 1984.