BANGKOK: Mahkamah Agung Thailand semalam menerima kes jenayah terhadap bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Mahkamah mendapati Yingluck mempunyai kes jenayah untuk dibicara setelah didakwa cuai dalam peranannya bagi skim subsidi dengan membayar para pesawah melebihi harga pasaran bagi beras mereka yang mengakibatkan negara kerugian berbilion dolar.