WASHINGTON: Setelah melalui pengalaman pahit membangunkan tentera asing selama lebih 10 tahun, tentera Amerika Syarikat kini mengubah strategi dalam memerangi militan IS dengan memilih cara melatih sejumlah kecil askar Iraq berbanding cuba membangunkan pasukan tentera baru.
Semasa kemuncaknya, pasukan tempur Iraq, yang dibiayai dan dibangunkan oleh Amerika sewaktu perang Iraq yang lalu, mempunyai sekitar 400,000 askar.