Main 'tembak-tembak' akhirnya terjebak

SEGAMAT (Johor): Sekumpulan lelaki yang sedang asyik bermain satu permainan 'tembak-menembak' dengan mengunakan senjata api palsu M16 dan AK47 di sebuah estet ladang kelapa sawit di Segamat akhirnya ditahan dalam satu serbuan polis, baru-baru ini.

Satu laporan akhbar The Star hari ini memetik ketua polis Segamat, Superintenden Mohd Kamil Sukarmi, sebagai berkata bahawa 18 orang lelaki itu, yang kesemuanya berpakaian seragam samaran tentera, ditahan kerana memiliki sebjata api palsu semasa dijalankan serbuan pada 2.15 petang Ahad lalu.

Mereka diserbu di ladang kelapa sawit Chee Leong di Jementah, di Segamat, Johor.

Empat anggota kumpulan itu dibenarkan ikat jamin kerana mereka hanya menonton permainan tersebut, sementara yang lain ditahan reman, lapor akhbar itu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.