Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majalah dakwa ada bukti hubungan sulit Presiden Francois Hollande

Jan 10, 2014 | 07:46 PM



PARIS: Majalah Perancis, Closer, hari ini mendedahkan hubungan sulit Presiden Francois Hollande dengan pelakon jelita, Julie Gayet, dan menyiarkan gambar-gambar sebagai bukti bagi mengakhiri desas-desus yang timbul sejak beberapa bulan lalu.


Edisi cetakan majalah terbitan hari ini menyiarkan satu laporan tujuh muka mengenai dakwaan kecurangan Encik Hollande bertajuk "Francois Hollande dan Julie Gayet - Cinta Sulit Presiden".


Encik Hollande telah cepat menyelar langkah tabloid mingguan itu dan dalam satu kenyataan kepada AFP, berkata beliau sedang mempertimbangkan tindakan guaman ke atas majalah itu.


Ini kerana beliau menyifatkan langkah itu sebagai satu "serangan ke atas haknya pada privasi, kerana seperti rakyat lain beliau juga mempunyai hak."


Encik Hollande sebelum ini meninggalkan pasangannya, Cik Segolene Royal, 60 tahun, seorang ahli politik Parti Sosialis pimpinan beliau dan ibu kepada empat anaknya, untuk kini tinggal bersama pasangan barunya, Cik Valerie Trierweiler, 48 tahun, seorang wartawan.


Cik Gayet, 41 tahun, yang muncul dalam salah satu komersial pilihan raya 2012 Encik Hollande, pernah memfailkan aduan pada Mac lalu menyusuli desas-desus hubungan sulit itu yang menurut beliau, "melanggar privasinya."


Artikel Closer itu melaporkan Encik Hollande kerap menaiki skuternya di Paris untuk bermalam bersama wanita simpanannya itu. Ia menyamai apa yang disiarkan di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu.


"Sekitar Tahun Baru, seorang ketua negara yang bertopi keledar telah menemui pelakon itu di apartmennya, di mana sudah menjadi kebiasaan untuknya meluangkan masa malamnya," tulis Closer di laman webnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >