Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majikan buat lengan palsu bagi pengendali jengkaut kudung lengan

Oct 19, 2023 | 02:59 PM



KUALA LUMPUR: Walaupun kudung lengan kanan, ia tidak mematahkan semangat pengendali jengkaut di Malaysia untuk melakukan pekerjaan dengan tekun.


Disebabkan semangat dan ketekunannya, pihak majikan pengendali itu menghasilkan lengan prostatik bagi membantu dalam kerja-kerja pengendalian.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh pengguna Excavator di Facebook pada 6 Oktober, beliau – yang difahamkan majikan pekerja terlibat – memberikan lengan prostatik yang dipasangkan pada bahagian lengan atas pengendali jengkaut tersebut.

Pada penghujung lengan prostatik itu, terdapat lubang bagi membolehkan pengendali mengawal pergerakan kotak gear.

Video tersebut tular dalam kalangan warga net dan setakat ini telah meraih lebih enam juta tontonan.

Daripada video itu, pengendali jengkaut tersebut mencuba lengan palsu seperti yang diminta majikannya.

Lengan palsu tersebut mempunyai cengkaman di bahagian bahu dan bahagian depan prostatik itu mempunyai lubang bagi membantu pengendali kawal gear.

Ia hanya digunakan ketika lelaki tersebut menggunakan jengkaut.

Menurut majikan, lengan palsu itu bukanlah produk akhir tetapi hanyalah prototaip bagi memastikan ia berfungsi seperti dirancang untuk si pekerja.

Ramai daripada warga net memuji tindakan majikan itu di ruang komen, yang disifatkan mereka sebagai perbuatan yang bertimbang rasa dan menyokong pekerja kurang upaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >