Majikan di Hongkong dera hingga tiga pembantu rumah Indonesia

HONGKONG: Polis Hongkong mendedahkan seorang majikan yang telah ditahan pada Isnin lalu didapati telah mendera sehingga tiga pembantu rumah Indonesia.

Majikan itu, Lo Wan-tung, telah ditahan kerana mendera Cik Erwiana Sulistyaningsih, 22 tahun, yang pulang ke Indonesia dua minggu lalu, sebelum dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius, antaranya luka serta kesan melecur.

Pembantu rumah kedua, Cik Susi, 31 tahun, mendakwa dia turut didera antara April 2010 dengan Mac 2011.

Hari ini, polis Hongkong dalam satu kenyataannya berkata Lo turut mendera pembantu rumah ketiga, yang tidak didedahkan namanya, yang mendakwa dirinya didera pada Disember 2011. - Bloomberg.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.