Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis fatwa Malaysia putuskan 'vape' haram

Dec 22, 2015 | 02:20 PM



SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengisytiharkan penggunaan rokok elektronik, atau vape, sebagai "haram" bagi orang Islam.


Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, mengumumkan perkara itu pada Isnin (21 Dis) malam selepas mempengerusikan sebuah mesyuarat majlis khas, lapor akhbar New Straits Times (NST).


Fatwa itu dicapai selepas majlis tersebut mengkaji di mesyuarat itu penyelidikan undang-undang syariah, aspek perubatan dan saintifik, dan juga sudut pandangan pembaziran dan budaya tidak sihat.


"Dari segi syariah, ia boleh memudaratkan kesihatan. Islam melarang umatnya menggunakan perkara yang boleh membahayakan mereka secara langsung atau tidak langsung; dengan segera atau secara beransur-ansur boleh membawa kepada kematian, merosakkan badan, mengakibatkan penyakit berbahaya atau membahayakan minda," kata Abdul Shukor, sebagaimana ditukil NST.


"E-rokok dan vape dikategorikan sebagai menjijikkan disebabkan kesannya yang merosakkan dan bau busuknya.


"Ia juga mempunyai unsur pembaziran, iaitu dengan membelanjakan wang bagi perkara berbahaya dan tidak berfaedah," katanya.


Beliau berkata penggunaan e-rokok boleh disamakan dengan minum racun dan menghisap rokok biasa.


"Kita lihat wanita dan kanak-kanak sekolah menunjukkan minat pada vape. Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan budaya tidak sihat daripada merebak ke generasi akan datang," katanya.


Pengerusi majlis itu juga meminta semua negeri di Malaysia yang belum mengeluarkan fatwa mengenai e-rokok dan vape supaya menggunakan keputusan majlis fatwa kebangsaan itu sebagai rujukan.


Setakat ini, empat negeri telah mengharamkan vapes, iaitu Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Kelantan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >