Majlis Keselamatan kutuk serangan ke atas kedutaan Saudi Iran

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Majlis Keselamatan PBB pada Isnin (4 Jan) mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kedutaan Arab Saudi di Teheran oleh penunjuk perasaan yang marah atas pelaksanaan hukuman mati Riyadh ke atas seorang ulama terkenal Syiah, sedang krisis antara dia negara itu mendalam.

Satu kenyataan oleh Majlis 15 anggota itu, yang tidak menyebut temtang pelaksanaan hukuman ke atas Sheikh Nimr al-Nimr, menggesa Iran supaya melindungi kakitangan dan harta benda diplomatik.

Arab Saudi memutuskan terputus diplomatik dengan Iran pada Ahad selepas penunjuk perasaan menggeledah dan membakar kedutaannya di Teheran dan konsulatnya di Mashhad.

"Anggota Majlis Keselamatan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap kedutaan kerajaan Arab Saudi di Teheran, dan Konsulat Besar di Mashhad di Republik Islam Iran, yang menyebabkan pencerobohan ke dalam premis diplomatik dan konsular, menyebabkan kerosakan serius," kata kenyataan majlis itu.

Sambil melahirkan "kebimbangan" berhubung serangan itu, majlis tersebut "menggesa pihak berkuasa Iran melindungi harta benda dan kakitangan diplomatik dan konsular, dan menghormati sepenuhnya kewajipan antarabangsa mereka dalam hal ini".

Anggota majlis itu menggesa kedua-dua pihak supaya "mengekalkan dialog dan mengambil langkah bagi mengurangkan ketegangan di rantau itu".

Dalam pada itu, Riyadh mempertahan pelaksanaan hukuman mati ke atas 47 orang, termasuk Syeikh Nimr.

Dalam surat kepada Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki Moon, Arab Saudi berkata mereka "diberi perbicaraan adil dan saksama tanpa sebarangan pertimbangan bagi afiliasi intelek, bangsa atau mazhab mereka".

Negara Eropah dan Turkey menyuarakan kebimbangan terhadap krisis Arab Saudi dan Iran itu, sementara Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, menghubungi rakan sejawatannya dari dua negara dan Moscow menawarkan untuk bertindak sebagai perantara. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.