NEW YORK: Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keras tindakan Korea Utara menembak peluru berpandu balistik dan melahirkan kebimbangan atas tindakan keterlaluan negara berkenaan.
Kenyataan dirangka Amerika Syarikat itu mendapatkan kelulusan sebulat suara majlis berkenaan, di sebalik ketegangan hubungan antara Amerika dengan China selepas Washington menghantar peralatan Sistem Pertahanan Antipeluru Berpandu Terminal Altitud Tinggi (THAAD) di Korea Selatan.