Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB pertimbang menolak keputusan AS terhadap Baitulmaqdis

Dec 17, 2017 | 03:02 PM



PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU, Amerika Syarikat: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang mempertimbangkan resolusi draf yang menyatakan bahawa sebarang perubahan kepada status Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan undang-undang dan harus ditarik semula, selepas Amerika Syarikat mengakui kota itu sebagai ibu kota Israel. 



Mesir mengedarkan draf teks itu pada hari Sabtu (16 Disember) dan ahli diplomat mengatakan bahawa majlis tersebut boleh mengundi mengenai langkah yang dicadangkan seawal Isnin. 



Sebelum ini, presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa beliau mengakui Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaan Amerika Syarikat ke sana dari Tel Aviv. 



Ini tidak sejajar dengan persetujuan antarabangsa dan telah mencetuskan protes dan kutukan yang kuat. 



Resolusi draf yang diperoleh oleh AFP menekankan bahawa Baitulmaqdis merupakan isu “yang perlu diselesaikan melalui rundingan” dan menyatakan “rasa kesal yang teramat terhadap keputusan terkini mengenai status Baitulmaqdis” tanpa menyebut secara khusus langkah yang diambil Trump. 



“Sebarang keputusan dan tindakan yang bermaksud untuk mengubah sifat, status atau komposisi demografi” Baitulmaqdis “tidak mempunyai kesan undang-undang, tidak sah dan harus dibatalkan,” katanya. 



Ahli diplomat berkata bahawa mereka menjangkakan AS untuk menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat langkah itu manakala kebanyakan daripada 14 anggota majlis yang lain dijangka menyokong resolusi draf itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >