Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB rujuk permohonan Palestin untuk jadi anggota penuh kepada jawatankuasa

Apr 09, 2024 | 04:57 PM



NEW YORK: Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin merujuk permohonan Penguasa Palestin untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu, kepada jawatankuasa penerimaan anggota baru.


Duta Malta, Cik Vanessa Frazier mencadangkan jawatankuasa itu bermesyuarat pada petang Isnin untuk menimbangkan permohonan itu, sambil menambah bahawa perbincangan perlu dilakukan bulan ini. Malta ialah presiden Majlis Keselamatan untuk bulan April.

“Kami sangat berharap, selepas 12 tahun sejak kami menukar status kami kepada negara pemerhati, Majlis Keselamatan akan melaksanakan konsensus global mengenai penyelesaian dua negara dengan mengakui negara Palestin untuk menjadi anggota penuh,” wakil Palestin di PBB, Encik Riyad Mansour memberitahu pemberita selepas mesyuarat itu.

Penguasa Palestin minggu lalu secara rasmi meminta pertimbangan semula Majlis Keselamatan PBB terhadap permohonannya pada 2011, untuk menjadi anggota penuh badan dunia itu.

Palestin adalah negara pemerhati bukan anggota PBB, status yang sama dengan Holy See - pemerintah Gereja Roman Katholik di Vatican City.

Jawatankuasa 15 anggota itu terlebih dahulu menilai permohonan untuk melihat sama ada ia memenuhi syarat untuk menjadi anggota PBB.

Permohonan itu kemudiannya boleh ditangguhkan atau dikemukakan untuk undian rasmi di Majlis Keselamatan.

Kelulusan memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undian menyokong dan tiada veto oleh Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis atau Britain.

“Jawatankuasa itu perlu berbincang dalam bulan April,” kata Cik Frazier kepada pemberita sebelum mesyuarat itu.

Majlis Keselamatan sebelum ini pada hari Isnin 8 April, bertemu secara tertutup untuk membincangkan surat daripada negara pemerhati yang meminta pertimbangan semula permohonan mereka. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >