Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Keselamatan PBB tolak kutuk serangan Syria

Apr 15, 2018 | 03:53 PM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gagal mengguna pakai resolusi Russia semalam, untuk mengutuk 'keganasan terhadap Syria oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan Perlembagaan PBB'.



Hanya Russia, China dan Bolivia mengundi menyokong draf resolusi itu. Lapan negara mengundi menentangnya sementara empat negara berkecuali.



Satu resolusi memerlukan sembilan undi menyokong dan tanpa veto oleh Russia, China, Perancis, Britain atau AS untuk diluluskan.



Sebelum ini, Russia menuntut pengundian di Majlis Keselamatan untuk mengutuk AS dan sekutunya kerana menjalankan serangan terhadap Syria.



Duta Russia, Vassily Nebenzia memaklumkan majlis itu patut mengadakan rundingan lewat semalam, membabitkan satu resolusi Moscow untuk mengutuk keganasan dan menuntut semua negara sekutu AS tidak melakukan serangan lanjut. - Reuters/ AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >