KUALA LUMPUR: Kekecewaan yang dilahirkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Majlis Raja-Raja tidak bertindak terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan oleh majlis tersebut sebagai tidak benar.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata ketua pesuruhjaya, timbalannya dan pegawai kanan SPRM pernah diminta menghadap majlis itu bagi menyembahkan taklimat berkaitan isu syarikat dana pelaburan kerajaan itu pada 2015, lapor BH Online.