Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Majlis Raja-Raja tarik balik undangan kepada Mahathir ke pertabalan Agong

Dec 08, 2016 | 11:30 AM



KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dicela Raja-Raja Melayu berkaitan majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong baru yang akan datang, di tengah-tengah persengketaan semakin pahit antara beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, lapor laman web berita Malaysiakini pada Khamis (8 Dis).



Majlis Raja-Raja menarik balik undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember di Istana Negara di Kuala Lumpur, menurut Malaysiakini, yang memetik pembantu Tun Dr Mahathir.



Pembantu itu, yang tidak dinamakan, berkata surat pembatalan undangan tersebut, bertarikh 5 Dis, dihantar dengan tangan ke pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu (7 Dis).



Ditandakan 'SULIT' dan membawa tandatangan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad, surat itu mengatakan tiada tempat duduk disediakan untuk Tun Dr Mahathir pada majlis itu dan beliau dimaklumkan mengenai ini terlebih dahulu bagi menggelak beliau berasa malu.



Surat itu telah disebarkan di media sosial, lapor Malaysiakini.



Anak Tun Dr Mahathir, Cik Marina, juga memuat naik surat itu di laman Facebooknya.



Seorang pegawai Istana Negara enggan mengulas mengenai perkara itu atau mengesahkan surat tersebut ketika dihubungi Malaysiakini.



Tiada pegawai kanan di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bersedia mengulas.



Perhatian lebih diberi pada pertabalan Yang di-Pertuan Agong seterusnya, berikutan pertemuan Tun Dr Mahathir dengan Yang di-Pertuan Agong semasa pada September untuk mengemukakan petisyen yang ditandatangani 1.4 juta rakyat Malaysia yang menyeru penyingkiran Datuk Seri Najib daripada jawatannya atas tuduhan rasuah.



Tun Dr Mahathir berkata beliau berharap Raja-Raja akan mendengar suara rakyat.



Majlis Raja-Raja membuat keputusan pada Oktober bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, 47 tahun, akan menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya mulai 13 Dis, bagi penggal lima tahun, sehari selepas Sultan Kedah, yang berusia 88 tahun, mengakhiri penggal beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >