JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) semalam mengutuk keras tindakan serangan bunuh diri yang meragut lima nyawa di Terminal Kampung Melayu, Jakarta Timur, malam kelmarin, lebih-lebih lagi ia membabitkan orang awam dan anggota keselamatan republik itu.
"Kami mengutuk keras tindakan keji dan unsur keganasan tersebut. Islam dan umatnya seharusnya mengutuk keras tindakan tersebut," tegas Wakil Ketua Umum dan Perundangan MUI, Encik Ikhsan Abdullah, kepada portal Jawapos.com semalam.