OSLO (Norway): Aktivis hak asasi kanak-kanak Malala Yousafzai dari Pakistan dan Encik Kailash Satyarthi dari India dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel semalam.
Jawatankuasa Nobel Norway memutuskan kededuanya layak menerima anugerah tersebut kerana perjuangan mereka menentang penindasan terhadap kanak-kanak dan golongan muda serta hak setiap kanak-kanak mendapatkan pendidikan.