KUALA LUMPUR: Seorang warga emas dan pembantunya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam lubang projek pembetungan sedalam 12 meter di Seksyen 17 Damansara, dekat sini, kelmarin.
Pemandu yang dikenali sebagai Encik Yong Chee Seng , 86 tahun, dan pembantunya, Cik Marivl Palquing Estoea, 30 tahun, bagaimanapun cedera di kepala dan badan.