Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia akan bincang dengan Australia mengenai Laut China Selatan

Mar 16, 2016 | 09:53 AM



KUALA LUMPUR/CANBERRA: Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata beliau akan bertemu rakan sejawatannya dari Australia, Cik Marise Payne, minggu depan untuk membincangkan tentang pembinaan ketenteraan China di Laut China Selatan yang dipertikai dan mengadakan perbincangan dengan pihak menuntut lain, iaitu Filipina dan Vietnam.



China menuntut sebahagian besar perairan kaya dengan tenaga itu, yang dilalui kapal membawa perdagangan bernilai kira-kira AS$5 trilion ($6.9 trilion) setiap tahun. Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan.



Beijing menghadapi tekanan awam di dalam negeri untuk menunjukkan ia boleh melindungi tuntutannya ke atas perairan itu selepas Amerika Syarikat mula menjalankan operasi "kebebasan pelayaran" berhampiran pulau-pulau di mana China menjalankan kerja penambakan dan menempatkan senjata canggih.



Datuk Seri Hishammuddin berkata perbincangan beliau dengan Cik Payne bertujuan memastikan usaha dibuat untuk "membuat China memegang janji mereka tidak akan meletak aset tentera di kawasan itu".



"Jika laporan yang kami terima daripada pelbagai sumber mengenai pembangunan dan penempatan aset ketenteraan di Spratly benar - ini memaksa kami menolak balik China," kata beliau.



Presiden China, Encik Xi Jinping, berkata September lalu China tidak berniat mententerakan posnya di Kepulauan Spratly.



Datuk Seri Hishammuddin berkata beliau juga akan bertemu pihak berkuasa di Vietnam dan Filipina kerana Malaysia "tidak boleh bertindak sendirian dalam menghentikan tindakan agresif" jika laporan mengenai perkembangan ketenteraan China benar.



"Kami perlu sokongan negara-negara Asean lain, dan saya akan terus (mendapatkan sokongan itu)," katanya.



"Ini penting bagi kita mengekalkan keseimbangan, dan untuk membendung tindakan oleh kuasa-kuasa besar, baik China mahupun Amerika Syarikat."



Sementara itu, Ketua Tentera Udara Diraja Australia, Marsyal Udara Leo Davies, berkata kehadiran semakin meningkat tentera Amerika di Australia bagi latihan rutin menunjukkan pakatan strategik antara dua negara itu dalam menghadapi ketegangan yang meningkat di Laut China Selatan.



Bercakap kepada pemberita di Canberra, beliau berkata Australia memberi peluang kepada Amerika untuk mengadakan latihan jarak jauh di kawasan utara terpencil.



Australia dilihat sebagai rakan kongsi dalam usaha Presiden Barack Obama mengimbangi semula ekonomi dan ketenteraan di Asia, dengan Perdana Menteri Malcolm Turnbull mengulangi bulan lalu seruan Amerika agar China menahan diri daripada mententerakan terumbu yang ia telah tebus guna di Laut China Selatan.



Australia juga telah mengadakan perbincangan dengan negara serantau, termasuk Singapura, Filipina dan Vietnam, untuk memastikan "kebebasan pelayaran" di Laut China Selatan dikekalkan, kata Marsyal Udara Davies. - Reuters, Bloomberg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >