Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia akan haramkan derma politik dari asing

May 26, 2016 | 10:26 AM



KUALA LUMPUR: Derma politik daripada sumber asing dan syarikat berkaitan kerajaan akan diharamkan, kata sebuah jawatankuasa yang dibentuk tahun lalu bagi memastikan dana itu tidak digunakan bagi mempengaruhi pilihan raya di Malaysia.



Pengerusi jawatankuasa tersebut, Encik Paul Low, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata itu antara saranan yang akan dikemukakan kepada Kabinet Malaysia pada Ogos.



Jawatankuasa Perundingan Nasional mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) itu dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ogos lalu berikutan kontroversi di mana lebih AS$700 juta ($966 juta) didapati dalam akaun bank peribadi beliau.



Bercakap selepas persidangan mengenai integriti politik anjuran JKNMPP, Datuk Low berkata walaupun peraturan yang disaran tidak retrospektif, jawatankuasa itu menjangka ia akan siap sebelum pilihan raya umum akan datang.



"Mudah-mudahan, akan ada satu Akta Derma Politik menjelang PRU-14," katanya, merujuk kepada pilihan raya umum ke-14 Malaysia.



Encik Low berkata Akta Derma Politik akan menghalang penggunaan dana asing, serta derma daripada badan berkaitan kerajaan, walaupun paras pemilikan negara belum dipersetujui.



Syarikat mendapat manfaat daripada tender kerajaan juga akan diteliti, dengan jawatankuasa itu menentukan pada akhir Julai saiz dan jenis kontrak yang akan membatalkan kelayakan syarikat membuat sumbangan.



Encik Low menambah "akaun khas" mesti ditetapkan bagi menerima dan mengagihkan dana politik kerana "pengundi berminat dalam sumber pembiayaan politik dan bagaimana ia (wang) dibelanjakan".



Bagaimanapun, beliau berkata jawatankuasa itu tidak setuju menetapkan had jumlah yang boleh diderma.



Sebaliknya, Akta Kesalahan Pilihan Raya akan dipinda bagi mentakrifkan semula dan mengemas kini had perbelanjaan, dengan mengambil kira kos berbeza yang terlibat ketika berkempen di kawasan luar bandar bandar atau terpencil.



Datuk Seri Najib menghadapi gesaan letak jawatan sejak laporan berita Julai lalu mendedahkan dana besar dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau melalui syarikat ada kaitan dengan firma pelabuan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Beliau kemudian menjelaskan sebahagian besar wang itu sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab Saudi.



Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus yang mengawal pembiayaan politik.



Encik Low, presiden Transparency International-Malaysia sebelum dilantik ke Kabinet selepas pilihan raya umum 2013, berkata tindakan lanjut diperlukan, seperti pembaharuan institusi serta perolehan kerajaan bagi memastikan penderma tidak akan menjadi mangsa kerana membantu pembangkang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >