Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia capai status negara menua lebih awal setelah catat kadar kesuburan terendah

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin menjadi negara menua lebih awal daripada yang diramalkan setelah negara itu mencatat kadar kesuburan terendah dalam tempoh empat dekad dengan lebih sedikit bayi dilahirkan pada 2020, menurut Jabatan Perangkaan.



"Melihat pada 10 tahun lalu, bagi setiap seribu penduduk, secara purata, 17.2 orang dilahirkan dan 4.6 orang meninggal dengan nisbah 3.7 kelahiran setiap satu kematian.



"Penurunan nisbah tersebut memberi kesan pada struktur populasi di Malaysia.



"Ini akan menyebabkan Malaysia beralih ke negara menua lebih awal daripada yang diramalkan sebelumnya, dengan penduduk warga emas berusia 60 tahun dan ke atas dijangka mencapai 15.3 peratus pada 2030," kata ketua perangkaan negara, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, dalam satu kenyataan kelmarin, lapor The Star.



Trend itu diterbitkan bersama dengan pengeluaran laporan Perangkaan Penting, Malaysia 2021, yang memuatkan perangkaan kelahiran dan kematian terbaru negara itu yang diterbitkan jabatan tersebut.



Dalam terbitan itu, dilaporkan Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia mencatat penurunan kepada 1.7 anak pada 2020 berbanding 1.8 anak pada 2019.



Dr Mohd Uzir berkata kadar kesuburan pada 2020 adalah yang terendah sejak empat dekad lalu berbanding 4.9 anak bagi setiap wanita pada 1970.



Katanya, kadar kesuburan Malaysia berada di bawah paras penggantian 2.1 anak, mulai 2013.



Beliau menjelaskan, paras penggantian 2.1 bermaksud purata bilangan anak yang perlu dilahirkan oleh seorang wanita dengan menanggung seorang anak perempuan yang hidup sehingga anak tersebut melahirkan anak.



"Jika paras penggantian kesuburan kekal dalam tempoh yang panjang, setiap generasi secara tepat akan menggantikan dirinya dan pasangannya tanpa mengambil kira migrasi penduduk," katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.



Beliau berkata bagi tempoh 2010 hingga 2020, TFR bagi semua kumpulan kaum utama di Malaysia turut menunjukkan trend penurunan.



Katanya, TFR bagi Bumiputera mencatatkan penurunan daripada 2.6 anak kepada 2.2 anak, Cina (1.5 anak kepada 1.0 anak) dan India (1.7 anak kepada 1.2 anak).



"TFR bagi etnik Cina dan India mencatatkan TFR di bawah paras penggantian masing-masing bermula 2003 dan 2005," katanya.



Dr Mohd Uzir berkata bagi peringkat negeri pula, semua negeri mencatatkan TFR di bawah paras penggantian kecuali tiga negeri iaitu Terengganu (2.9 anak), Putrajaya (2.8 anak) dan Kelantan (2.7 anak).



Katanya, trend penurunan kadar kesuburan di Malaysia adalah selari dengan negara maju lain seperti Australia (1.7 anak), Britain (1.7 anak), Amerika Syarikat (1.7 anak), New Zealand (1.6 anak) dan Jepun (1.4 anak).



"Trend yang sama juga diperhatikan di negara Asean iaitu Laos (2.6 anak), Filipina (2.5 anak), Kemboja (2.5 anak), Indonesia (2.3 anak), Vietnam (2.1 anak), Myanmar (2.1 anak), Brunei (1.8 anak), Thailand (1.5 anak) dan Singapura (1.1 anak)," katanya.



Bagi data awalan kelahiran pula katanya, sepanjang tempoh Januari sehingga Ogos 2021, sebanyak 240,590 kelahiran direkodkan.



Katanya, bilangan kelahiran hidup yang dicatatkan pada 2020 adalah 470,195 iaitu menurun 3.6 peratus berbanding 487,957 pada 2019.



"Bilangan kelahiran hidup pada 2020 ini dicatatkan sebagai bilangan kelahiran terendah dalam satu dekad.



"Bayi lelaki yang dilahirkan melebihi bayi perempuan iaitu masing-masing 243,617 dan 226,578," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >