Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia, China dan Australia bermesyuarat di Canberra, Isnin

May 02, 2014 | 06:50 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia, China dan Australia akan mengadakan mesyuarat tiga pihak di Canberra, Australia pada Isnin ini untuk membincangkan operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesyuarat itu akan membincangkan pendekatan dalam pengerahan aset, nasihat teknikal dan mengadakan hubungan dengan keluarga penumpang serta kru MH370.


Hishammuddin, yang akan berlepas ke Australia pada Ahad ini, berkata, beliau yakin operasi pencarian MH370 "berada di landasan yang betul" namun mengakui cabaran yang bakal dihadapi amat besar.


"...dengan lebih banyak sahabat dan pakar turut serta, untuk memastikan kita terus fokus dalam apa yang kita lakukan, saya percaya lambat laun kita akan menjumpai MH370," katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan operasi pencarian MH370 di sini hari ini.


Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston, presiden Biro Siasatan Kemalangan Udara Perancis (sebelum ini mengetuai pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri. - Utusan Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >