Malaysia dijangka berjerebu hingga pertengahan September

PETALING JAYA: Jerebu yang sedang melanda Malaysia dijangka kekal hingga pertengahan bulan depana, dengan kawasan pantai barat paling terus terjejas akibat pembakaran terbuka di Indonesia.

Jurucakap Jabatan Meteorologi, Dr Hisham Mohd Anip, berkata keadaan mungkin berterusan sehingga musim tengkujuh barat daya berakhir.

Negeri-negeri pantai dari Kedah hingga Johor mungkin paling teruk terjejas, ujar beliau.

Menurutnya lagi, keadaan berjerebu di Sarawak mungkin berkurangan dalam tempoh beberapa hari ini kerana angin dijangka bertukar arah.

Buat masa ini, angin dari Indonesia membawa asap dari Kalimantan dan Sumatera ke Malaysia dan Singapura.

Dr Hisham berkata mungkin terdapat lebih banyak hujan di Malaysia bulan depan apabila angin bertukar arah semasa tempoh peralihan monsun, yang akan membantu membersihkan jerebu.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa cuaca di Indonesia juga boleh menjadi lebih kering, menyebabkan titik panas bertambah dan banyak lagi asap ditiup ke Malaysia, melainkan kebakaran dipadam sebelum itu. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.