Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia diletak di bawah 'tahap berjaga-jaga' dek wabak HFMD

Jun 17, 2016 | 12:09 PM



PETALING JAYA: Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) telah mencapai kadar wabak di Malaysia, memaksa pihak berkuasa mengambil langkah-langkah segera bagi membendungnya.



Kementerian Kesihatan telah meletak Malaysia di bawah "tahap berjaga-jaga" menyusuli 1,379 kes di seluruh negara minggu lalu, dengan Selangor, Johor dan Kuala Lumpur mendahului senarai itu.



Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat peningkatan sebanyak 83 kes, atau 6.4 peratus, berbanding 1,296 kes pada minggu sebelumnya.



"Trend menaik bermula pada minggu terakhir April dengan 794 kes.



"Arahan telah dikeluarkan pada awal Mei kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri untuk meningkatkan pemantauan dan usaha pencegahan," katanya.



Selangor mempunyai kes tertinggi sebanyak 4,441 (32.6 peratus), diikuti oleh Johor 1,393 (10.2 peratus), Kuala Lumpur 1,317 (9.7 peratus), Sabah 1,299 (9.5 peratus) dan Sarawak 1,108 (8.1 peratus).



Di Negeri Sembilan, pihak berkuasa kesihatan telah menutup 12 tajaka dan prasekolah bagi membolehkan prosedur pembasmian kuman dijalankan.



Pengarah Kesihatan negeri, Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata wabak penyakit itu juga dikesan di enam rumah, dan sehingga semalam sebanyak 485 kes HFMD dilaporkan.



Menurutnya, tajaka dan prasekolah di Taman Seri Pandan, Seremban, antara kawasan yang pertama terjejas.



Bulan lalu, jumlah kes meningkat kepada 87 pada minggu keempat, daripada 28 pada minggu kedua.



Di Kuala Terengganu, terdapat peningkatan 35 peratus kes MFHD sedang pihak berkuasa mengambil tindakan segera memeriksa pusat jagaan harian, tadika dan persekitaran.



Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Masyarakat, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata 165 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, bertambah daripada 122 kes sepanjang tahun lepas.



Di Ipoh, bilangan kes telah berkurangan, daripada bilangan tertinggi 25 kes antara Februari dan Mei lalu.



Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie, berkata ia merupakan satu corak kitaran di mana penyakit itu meningkat setiap dua tahun.



HFMD mudah berjangkit dan disebabkan oleh enterovirus (kumpulan virus yang biasanya ditemui dalam perut atau usus), terutamanya Coxsackie A16 dan Enterovirus jenis 71.



Simptomnya termasuk demam, sakit tekak, ruam pada tangan dan kaki, dan ulser mulut.



Dalam kes teruk, pesakit boleh mengalami komplikasi lain, seperti meningoencephalitis (keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang) atau myocarditis (keradangan akut pada otot jantung), dan juga boleh menyebabkan kematian. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >