Malaysia dituduh langgar hak asasi dek halang ketua Bersih keluar negara terima anugerah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia berhadapan dakwaan baru melanggar hak asasi pada Isnin (16 Mei) selepas pemimpin satu bantahan besar-besaran tahun lalu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan berikutan skandal rasuah, berkata beliau dihalang keluar negara bagi menerima satu anugerah.

Cik Maria Chin Abdullah, yang mengetuai kumpulan Bersih, atau Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil, berkata beliau dihalang pada Ahad (15 Mei) malam pergi ke Korea Selatan untuk menerima Hadiah Gwangju bagi Hak Asasi Manusia bagi pihak kumpulannya.

"Ini melampau dan menunjukkan kerajaan terdesak untuk terus berkuasa sedangkan ia perlu bertanggungjawab," ujarnya.

Cik Chin berkata beliau tidak diberi penjelasan dan tindakan itu melanggar hak perlembagaan beliau.

Ogos lalu, Bersih menganjurkan bantahan berpuluh-puluh ribu orang untuk menuntut penyingkiran Datuk Seri Najib berhubung dakwaan rasuah dan reformasi antirasuah.

Tindakan menghalang Cik Chin melakukan perjalanan itu menarik kritikan terhadap kerajaan di media sosial Malaysia pada Isnin, dan ketua pembangkang, Datik Dr Wan Azizah Wan Ismail, berikrar akan mengadakan protes terhadap "tindakan memalukan, terdesak itu".

Pihak berkuasa imigresen dan pejabat Datuk Seri Najib tidak dapat dihubungi untuk diminta mengulas.

Mahkamah rayuan Malaysia dijadual memutuskan pada Isnin (16 Mei) sabitan pertuduhan menghasut terhadap seorang aktivis antikerajaan terkenal, Hishamuddin Rais, yang berkata pada 2013 bahawa kerajaan Najib perlu dijatuhkan.

Pemantau Hak Asasi berkata pada Isnin sabitan tahun lalu itu "satu serangan keji, bermotif politik" yang memaparkan "jurang semakin rengang dan semakin luas" antara tindakan kerajaan dan undang-undang antarabangsa. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 18
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.