KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar aset ketenteraan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Palembang, Selatan Sumatera, Indonesia, bagi membantu memadam kebakaran di sana yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata pasukan Malaysia bersama pesawat Bombardier akan diterbangkan ke sana seawal petang semalam, bergantung kepada penyelarasan bersama Indonesia, lapor Utusan Online semalam.