Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malaysia jalankan bedah siasat ke atas warga Palestin yang ditembak 'Mossad'

Apr 22, 2018 | 01:47 PM



GOMBAK, MALAYSIA (AFP) - Satu bedah siasat dijalankan pada  Ahad (22 April) ke atas mayat seorang profesor Palestin yang ditembak mati dalam kes yang didakwa keluarganya sebagai pembunuhan oleh agensi perisik Mossad Israel.



Prof Fadi Mohammad al-Batsh, 35 tahun, dibunuh dalam satu tembakan pada Sabtu, menurut pihak berkuasa Malaysia.



Beliau sedang berjalan dari pangsapuri mewahnya untuk melakukan solat subuh di masjid di  Gombak apabila ditembak dua lelaki bersenjata bermotosikal, kata pegawai.



Di tempat kejadian, penanda polis menunjukkan 14 peluru telah dilepaskan ke arah  mangsa, sebahagiannya terkena dinding. Sebuah jeriji  besi yang terkena peluru itu kelihatan lekuk.



Menteri Dalam Negeri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi, menurut laporan The Straits Times memetik agensi berita Bernama,  menyatakan Prof Batsh adalah "seorang jurutera elektrik dan pakar membuat roket".



Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata siasatan masih dilakukan.



"Kami menyiasat semua sudut. Saya perlu siasat dengan teliti dan mendalam. Ini adalah isu antarabangsa," kata Mazlan pada Ahad.



Beliau berkata bedah siasat sedang dijalankan di hospital. Jenazahnya kemudian akan diserahkan kepada keluarga.



Dalam satu kenyataan dari Jaluran Gaza yang ditadbir Hamas, keluarga mangsa berkata: "Kami menuduh Mossad di sebalik pembunuhan itu."



Pergerakan Islam Palestin mengatakan Prof Batsh, seorang saintis penyelidikan khusus bidang tenaga, adalah salah seorang anggotanya.



Encik Mohammad Shedad, 17 tahun, pelajar dan saudara mangsa, juga menyalahkan Mossad atas pembunuhan itu.



"Ia pasti kerja Mossad. Fadi orang bijak. Sesiapa yang bijak adalah ancaman kepada Israel," katanya kepada Agence France-Presse di luar rumah mangsa di Malaysia.



"Fadi adalah ahli Hamas dan tahu bagaimana membuat roket, jadi (Israel) fikir beliau  berbahaya."



Prof Batsh meninggalkan seorang balu  dan tiga anak kecil. Beliau menetap di Malaysia sejak 10 tahun lalu.



Encik Ahmad Abu Bakar, 33 tahun, pelajar asing yang belajar di Malaysia, berkata beliau telah mengenali mangsa selama dua tahun.



"Beliau ramah dan mendakwahkan kebaikan. Beliau tidak pernah menganjurkan kebencian, saya terkejut dengan pembunuhan itu," katanya.



Encik Robert Anthony, 56 tahun, seorang pengawal keselamatan di sekolah rendah Cina berhampiran tempat kejadian, berkata beliau mendengar bunyi tembakan tetapi menyangka ia bunyi mercun.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >